ABOUT US | DIVISION OF ADMISSION & DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
» ABOUT US

ABOUT US

SEJARAH KAMI 

 

Bahagian Akademik diwujudkan pada tahun 1971 di bawah Pejabat Pendaftar selaras dengan penubuhan Universiti Putra Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia). Berikutan dengan perubahan struktur organisasi baharu, bahagian ini kini distrukturkan semula di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan diterajui oleh Ketua Pentadbiran Pengajian Prasiswazah dan kini dikeali dengan Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik

Terdapat enam (6)unit dalam Bahagian Kemasukan & Bahagian Urus Tadbir Akademik iaitu Unit Senat,Peperiksaan dan Pengijazahan, Unit Pengambilan dan Kemasukan,Unit pengambilan Antarabangsa, Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pendaftaran, Penjadualan dan Infrastruktur, Unit Kurikulum,Teknologi dan Penerbitan Akademik.

Tanggungjawab utama bahagian ini adalah untuk memberi perkhidmatan sokongan berkaitan perkara akademik iaitu Pengurusan Senat, Pengurusan Kurikulum, Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Pendaftaran Kursus, Penjadualan Kuliah dan Peperiksaan Akhir, Penyediaan Peperiksaan Akhir dan Keputusan Peperiksaan Akhir, Rekod Pelajar Elektronik, Pengijazahan, Pengurusan Majlis Konvokesyen dan Pentadbiran Am dan Kewangan.

 

C1505847734