Fungsi-fungsi Bahagian Akademik
i. Membangun dan memantapkan Sistem Maklumat Pelajar (SMP) berasaskan satu sistem maklumat
pangkalan data akademik yang bersepadu bagi mewujudkan budaya teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam menghasilkan sistem pengurusan berkualiti
yang cekap dan berkesan, telus dan mesra pelanggan.
ii. Merangka dasar dan peraturan penjadualan bersepadu bersesuaian dengan kurikulum program pengajian
pembelajaran berpusatkan pelajar (student centered learning (SCL)) bagi
memantapkan pentadbiran pembelajaran dan pengajaran di Universiti.
iii. Melengkap, mengukuh dan menyelaras pengurusan pendaftaran berasaskan kurikulum dan skema program pengajian
bagi membolehkan proses pendaftaran kursus dilaksanakan mengikut akta berikut :
Akta
Universiti dan Kolej Universiti (Perkara Akademik) 2003
iv. Melaksanakan sistem kawalan yang efektif bagi urusan penawaran program meliputi proses penawaran
program baru, semakan semula kurikulum, pelantikan penilai dan pemeriksa luar,
pelantikan Jawatankuasa Penasihat fakulti dan Jawatankuasa Pengajian bagi
melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju
melalui pembelajaran yang berterusan.
v. Meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah dengan kemudahan
infrastruktur yang terkini dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif.
vi. Meningkatkan dan memantapkan nilai budaya perkhidmatan yang berkualiti melalui pelaksanaan MS
ISO 9001:2000 serta meningkatkan kesedaran yang mementingkan profesionalisme
dari aspek akauntabiliti, produktiviti dan prestasi perkhidmatan yang terbaik
di antara pegawai.
vii. Meningkat dan memantapkan satu sistem prosedur dan pelaksanaan peperiksaan yang berkesan bagi
menghasilkan satu sistem penilaian berterusan yang cekap, sistematik dan telus.
viii. Mengurus, mentadbir dan memantapkan sistem pengambilan pelajar bagi memastikan universiti mendapat
calon pelajar yang berkelayakan cemerlang dalam melahirkan graduan yang
berkualiti dan berdaya saing.
xi. Mengurus proses pengijazahan graduat yang menamatkan pengajian.