Oleh Norliya Yahya
Taiping - Bahagian Kemasukan telah menyertai Showcase Jalinan Alumni@Zoo Taiping & Night Safari yang dianjurkan oleh Pusat Alumni UPM. Showcase ini turut disertai oleh Sekolah Pengajian Siswazah dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen (WAZAN). Showcase ini mendapat sambutan yang hebat dari warga Taiping termasuk pelajar-pelajar sekolah di sekitar Taiping iaitu Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping dan Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.A. Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama.
Tarikh Input: 16/05/2017 | Kemaskini: 16/05/2017 | m_bazli
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA