Oleh Suhana Md Chairi
KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2018 MIRI SARAWAK DAN TAWAU SABAH
Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN 2018) adalah program tahunan yang dianjurkan oleh BPKP, KPT (UPU) bagi memberikan maklumat dan hebahan kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa berkenaan peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Pada bulan Januari yang lalu KPTN telah diadakan di dua lokasi berikut iaitu pada 27 Januari 2018, di Miri Sarawak manakala pada 27 dan 28 Januari 2018 di Tawau, Sabah. Bahagian Kemasukan telah mengambil bahagian dalam KPTN tersebut dan jumlah pengunjung yang hadir adalah seramai 3000 orang. Program KPTN Tawau telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi manakala KPTN Miri telah dirasmikan oleh Menteri Muda Sarawak.
Tarikh Input: 20/02/2018 | Kemaskini: 20/02/2018 | m_bazli
TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA